Antara usaha untuk menjadi pelajar cemerlang ialah menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang. Hal ini demikian kerana matlamat merupakan indikator untuk mencapai apa-apa yang diimpikan. Seyogianya pelajar hendaklah mensasarkan 10 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk semua matapelajaran yang diambil. Tegasnya, apabila pelajar mempunyai matlamat maka mereka akan lebih proklamasi dan berkeyakinan tinggi untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Selain itu, menyediakan jadual waktu merupakan usaha-usaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Hal ini demikian kerana penyediaan jadual yang praktikal dan sesuai akan dapat melaksanakan apa-apa yang dirancang dengan lebih sistematik. Oleh itu, pelajar juga akan mengisi masa belajar secara konsisten bak kata pepatah 'Masa itu emas'. Gunakanlah masa dengan sebaiknya supaya dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Di samping itu, kita perlulah menghargai pengorbanan ibu bapa. Hal ini demikian kerana mereka telah bersusah-payah membesarkan dan mendidik sejak kita kecil lagi. Sebagai contohnya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa-jasa mereka dengan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akhlak peribadi, sahsiah, akademik dan sebagainya. Tegasnya, kita jangan lah membiarkan ibu bapa menangis kerana kegagalan kita. Seharusnya kita dapat merealisasikan 'Kami datang ke sekolah dengan membawa harapan dan kami pulang dari sekolah dengan kejayaan.
Akhirul kalam, kejayaan tidak akan dicapai dengan mudah kerana 'Yang bulat tidak akan datang bergolek' dan 'yang pipih tidak akan datang melayang'. Seyogianya banyak perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar harus sedar bahawa mereka merupakan aset yang paling berharga pada masa akan datang. Oleh itu betullah ungkapan yang berbunyi 'Pemuda harapan bangsa' dan 'Pemudi tiang negara'.
Hasil karya..
Noor Hamizah Syazwani Bt Harrun
5 Akaun
wow...tahniah...karangan yg baguss...
ReplyDeletehishh..mne dee..niee bwu cket laa abg oitt...
ReplyDeleteCheck out me
ReplyDeleteBest karanagan dia
ReplyDelete